Terdapat beberapa cara bagaimana si hacker dapat mencuri password ID Yahoo Messenger anda. Walaupun cara-cara ini telah obsolete, masih ramai pengguna Yahoo Messenger yang masih tidak tahu mengenainya. Disini saya ingin kongsi sedikit tentangnya.
Phishing
Kaedah ini biasanya dilakukan oleh orang yang tahu tentang pembangunan laman web. Individu ini akan mencipta laman web palsu yang serupa dgn laman webmail yahoo kemudian menghantar link ke laman tersebut melalui email atau web kepada mangsa. Password akan dihantar kepada pencipta laman web sejurus selepas mangsa cuba untuk melogin pada laman tersebut.
Cara mengatasi:
-Sila perhatikan url anda setiap kali anda ingin melogin ke akaun email anda.
-Siasat dgn teliti email yang mengkehendaki anda untuk melogin atau menukar password.
Password Sniffing
Dalam kes ini, hacker akan menggunakan program password recovery atau password sniffer seperti cain & abel untuk dilancarkan pada network(umumnya cybercafe). Kaedah ini mungkin tidak berkesan lagi kerana kini password anda akan di"encrypt" ketika melogin dari YM client atau webmail.
Trojan dan Keylogger
Merupakan antara yang paling merbahaya. Hacker bukan sahaja dapat mengetahui apa yang diketik melalui papan kekunci anda malah juga dapat melihat screenshot dan memantau apa sahaja aktiviti computer anda. Trojan dibina berasaskan Client dan Server dan bahagian Client program itulah yang dinstallkan pada computer mangsa manakala Server akan dihostkan oleh hacker untuk mengawal computer mangsa.
Cara mengatasi:
-Periksa program yang berjalan pada startup
-Pastikan anda mempunyai anti virus dan sentiasa update
Cookie Stealing
-Kaedah ini juga hampir sama seprti phissing akan tetapi ia tidak mengkehendaki mangsa untuk melogin. Web yang dibina adalah berdasarkan kelemahan laman web.
{I'm getting lazy this time..}